Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA.co) - Salah seorang pemimpin ulama Sunni mengeluarkan pernyataan bagi pihak Jemaah Ulama Iraq dengan memberikan sokongan padu terhadap prinsip Hari al-Quds Sedunia.Menurut kenyataan media yang disiarkan dalam laman web Dr. Khalid Abdul Wahhab al-Mulla, hari al-Quds Sedunia yang dianjurkan di bulan Ramadhan merupakan sebuah peringatan kepada kaum muslimin di seluruh dunia yang menanam keimanan sehingga berakar umbikan kesedaran di dalam masyarakat kita. Ia juga turut menghidupkan kembali perubahan untuk saudara kita di Palestin sehingga meniti jalan pembebasan masjidil Aqsa dengan bantuan Allah."Sesungguhnya Jemaah Ulama Iraq sekali lagi memperbaharui taat setianya terhadap prinsip Hari al-Quds Sedunia di samping menekankan kesinambungan membela perjuangan rakyat Palestin untuk membela tempat suci umat Islam dan mengejar kemerdekaan yang dinafikan, serta mengambil kembali setiap inci tanah yang telah dirampas secara zalim."Hari ini kita semua dijemput untuk merebut peluang dalam mengukuhkan perpaduan untuk menyokong warga Palestin sehingga menyediakan segala kekuatan demi kemenangan ke atas musuh utama kita, iaitu Zionis. Allah jua yang membantu hamba-hambanya selama mereka menyokong saudara-saudaranya."